Thursday, October 6, 2011

Alahai manjanya Suami


Ahaks...ada yg meremang bulu roma ke baca tajuk nie. Sabar2, baca dulu smpai abis, jgn nak geli-geli jer *statement pun dh gelik*

Saja nk share dgn korg seme, moga2 kita dpt semarakkan lagi rumahtangga yg dibina. Apa? Lelaki nie TAK MANJA? Heee...sapa yg kata g2, kalo xcaye g lah tnya kaum adam kat luar sana tue, sekeras2 hati diorg, mesti diorg sedikit sebanyak inginkan diri dimanja oleh wanita yg sah bergelar isteri. Ini dlm konteks suami isteri je, bukan makwe pakwe yer.

Salah ke kalo suami ingin dimanjakan? Salahke kalo suami ingin diberi perhatian yg kdg2 mcm budak2 tadika? Salah ke kalo suami ingin dibelai, diusap rambut sblm tdo? Salah ehhh...sape ckp salah, sila komen panjang2 kt bawah tue k. Kalo tnya pendapat I, memg xsalah, dan xpernah salah kalo suami nak bermanja dgn isteri selagi mana tidak mendatangkan mudarat, selagi mana tidak membebani isteri itu.

Kdg2 kita ni sbg isteri silap samada secara sedar atau xmau sedar yg suami jg ingin dimanjakan, kita silap bila kita pk ehhh...suamiku nie bukan mat jiwang, bukan romantik pun, silap2 manjakan dia, kena tenking kena perli pulak! Haa..kena pandailah nk tackle hati suami mcm mana, jgnlah time suami tgh duk asah pisau duk nk g manjakan beliau..jgn pulak time suami tgh sibuk dgn file bertimbun2, pegi duk manjakan suami, itu memg xkena gayalah gamaknya. Perlu cari masa yg sesuai, perlu tgk keadaan suami.

Bukan apa, kdg2 kita ni sbg isteri selalu nak kan kita jer lebihkan, perhatian pun nak lebih dr suami, kasih syg pun nak lebih, kalo nak manja2 dgn suami, lagila nak lebih2kan..tul x? Ok I admit tau hehehehe.. tp sekali sekala cuba kita pulak lebihkan semua tue utk suami, beri perhatian yg lbh pd suami, lebih manjakan suami..alahai..seronok tau, makin laaaaaa suami syg!

Byk caranya mcm mana nk wujudkan kemesraan begini dlm rumahtangga, kdg2 bila tgk tv kt umah, tiba2 suami baring atas riba, jgnlah pulak pegi angkat kepala suami letak atas bantal, ataupun tepis kepala suami.. Biarkan ja suami atas riba kita, sambil2 tue usapla rambut suami, bisikkan kata2 romantis pd dia, nak malu nape, suami kita kan, masa bercinta boleh je i love u, i miss u setiap masa, nie dh kahwin, lagila perlu utk semarakkan rumahtangga..bukan setiap masa kita dan suami dlm keadaan mcm tue kan, so amek peluang tu utk manjakan suami, utk bermesra dgn suami..percayalah suami mana yg xrasa gembira, xrasa tenang bila dilayan begitu, wpun kdg2 rasa..ehhh..suamiku nie buang tabiat apa huhuhuhu...

Bangun jer pagi bila time cuti, wat keje itu dan ini..tgh2 mop lantai..tetiba suami bgn tdo dtg peluk dr belakang, xkan nk ketuk suami dgn batang mop tue kot hihihihi..abis, xkan nk mop lantai smbil suami duk peluk pulakkan, ala..xlama pun dia peluk, paling x pun dia cuma bagi morning kiss, muah sana sini, pas2 dia beredarlah..suami pun fhm, cuma sj kdg2 diorg nk bermanja kejap.

Bila ditmpt tdo...errrr.....errr...boleh ke cite sal tmpt tdo nie, boleh kot, sbb xde yg sensored..kdg2 sbg isteri kita je nak suami peluk kita, suami syg situ syg sana pd kita, suami belai kita, usap rambut kita..wahhh...kalo i pun suka tiap2 mlm g2..tp kita sedar x, suami jg inginkan perkara begitu? Xsedar ehh? Balik kang cuba try praktis, pasti mlm korg lbh hangat dari biasa opppsss..!! Xsalah pun kalo kita sbg isteri ni buat mcm tue utk suami, manjakan dia bila di tmpt tdo..belailah dgn penuh kasih syg. Jgnlah pulak sorg pusing sana, sorg pusing sini..tmpt tdo tue adalah tmpt privacy hanya utk kita dan suami, jgn sia2kan mcm tue je, ni dh masuk bilik, jadi mcm org asing pulak! Rugi..patutnya disitulah kemesraan yg lebih dpt diberikan.

Apa2 pun sbg isteri perlu bijak dlm menawan hati suami, cuba pk kan sekejap, napa kdg2 dlm berita byk kisah suami makan luar, suami langgan pelacur, suami kena tangkap di kedai urut, cuba pk kan, apa puncanya, kenapa org luar boleh beri layanan yg lbh pd suami, sdgkan kita nie sbg isteri lbh berhak dan tiada batasan dlm  menzahirkan berkasih syg. Sekadar nk berkongsi, kalo cite pnjg2 nti korg bosan lak nak baca, ada masa kita cite2 ag yer.

2 comments

October 6, 2011 at 4:24 PM

Layannn ;-)

October 7, 2011 at 9:15 AM

ahaks..setuju bangat....tu lah masalah org da kawin skang...masa bercinta je sume hot2 gitu...tp bila da kawin...satu2 dilupakan...kekadang bila di tanya nape x de perkataan romantik ktika d alam perkahwinan...jawapan : malulah...da tua lah..segan lah...alahhh..sebeblum kawin x de lak perasaan tuh kan?sepatutnya time dah suami isteri ni la makin berkobar2...tp da jadi sebaliknya pulak..oleh itu x yah la malu2 untuk berkasih syg dgn suami kan Mrs. Lurve...?berbunga2 hati bila hidup berumahtangga nih penuh dengan kasih syg, belaian manja dan sekali sekala bersifat keanak-anakan...hehehe..pendapat I lah...hehehehehe

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©