Thursday, October 27, 2011

Dosa Dalam Perkahwinan

Sangat menarik utk dikongsikan dgn semua, artikel nie sepenuhnya dr iluvislam, nak share dgn kawan2 di sini.
____________________________________________________________________________________________

Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.

Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.

Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.

Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.
Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.
Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.

Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.

Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga. Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa. Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:

"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."

Ada juga yang berkata:

"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."

Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.

Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?
Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?
Itu perlu ditanya pada diri sendiri.
Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)

Firman Allah S.W.T:
" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"

Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat bukan tanggungjawab seorang suami?
Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa

4 comments

October 27, 2011 at 10:16 PM

sbb tu pakwe yna susah nak melamar kot, uwwwaaaaaaaaaaaa :(

October 27, 2011 at 10:20 PM

betul tu dik, alam perkahwinan penuh dengan pancaroba, apa taknya, kita kena hidup ngan orang yang selama ini x pernah kita kenal, ada tu br 2-3 bulan kenal dah kawen, so kena bersabar dalam menempuh dugaan dan rintangan,..

October 28, 2011 at 10:40 AM

Thanks for sharing. Besar tanggungjawab bila dah kawin nih. Sebelum kahwin, kena fikir masak² sama ada kita dah bersedia atau belum. Dugaan dlm alam rumah tangga sgt hebat, tepulang pada kita macam mana nak handle.

October 28, 2011 at 11:53 AM

dear YNA : hehehe..sabar..dia sedang persiakan diri dr segi mental dan fizikal :)

dear aimaniman : betul akak..memg kena byk sgt2 sabar, kena btl2 fahami konsep perkahwinan sblm kahwin, takut2 bila kahwin hanya nmpk seronok jer..nti bila ada masalah mula seme xkena.

dear fiza : betul..setuju..sblm kahwin kalo ada pe yg xkena, boleh pk2 ag..tp pas kawen wpun ada yg xkena, kena sbr dan redha byk2..kena hadapi dgn baik..xboleh asyik nk bertelagah jer

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©