Thursday, December 15, 2011

Mertua dan Menantu sebumbung?


Skrgkan musim kawen, opcoz la thread lbh kpd alam perkahwinan..boleh g2! Bila cite sal mertua dan menantu sebumbung ramai yg ada pandangan sendiri. Ada yg boleh terima, dan ada yg punyai pandangan sendiri. Perkahwinan ni bukan sahaja untuk diri kita sendiri dan pasangan, malah turut meliputi hubungan antara kedua-dua belah keluarga. So, kena fhmlah, bila kita dh berkahwin dgn dia, means kita juga berkahwin dgn keluarga dia..keluarga dia dh jd spt keluarga kita skrg.

Rasanya bila dh kawen, ramai yg prefer nak duk kat umah sendirikan..sbb nk lbh privacy itu yg utamanya. Malah sorg Ustaz pernah beritahu, dlm Islam pun apabila anak dh berkahwin, maka hendaklah dia keluar dr rumah tersebut bina kehidupan yg baru bersama pasangan. Hatta kalo nak duduk berdekatan sekalipun, harus pastikan apabila pintu umah di buka, bumbung rumah keluarga tidak kelihatan. Kerana dlm Islam hendak memberi peluang pd pasangan utk hidup berdikari, susah dan senang. Wallahualam..

Pastinya tiap org ada alasan yg tersendiri atas apa yg diorg lakukan. Tp bg yg duk dgn mertua, mesti akan ada segelintir pandangan org yg duk bertanya ok ke duk dgn mertua? Org kata kalo menantu lelaki dgn mak mertua, ok lah..xbyk masalah sgt..TAPI..kalo menantu perempuan dgn mak mertua..mcm2lah kisahnya..betul ke?? Kawan2 I pun ada yg kata ok, dan ada jgk kata x ok huhuhuhu.. Ntah..i pun xde pengalaman duk dgn mertua..tp after kawen ri2..baru je dlm sebulan kawen kot, trus hubby tnya..bila nk pindah umah? hahahahahaha...

Yang penting harus bijak kawal keadaan..antara tips yg I nk kongsi dr sebuah majalah :

Panduan untuk menjadi menantu yang baik
1. Anggaplah ibu mentua seperti ibu sendiri. Dengan ini kita tidak akan kecil hati apabila dimarah, atau ditegur. Tatkala ditegur atau dimarahi, kita kena fikir bahawa semua itu hanya sebab mereka sayangkan kita, dan demi kebaikan rumah tangga kita.

2. Sebagai menantu, kita haruslah mengalah. Memang benar, mentua bukan sentiasa betul, tetapi kita ambillah masa untuk memahaminya. Janganlah terus membangkang apabila tidak bersetuju dengan mentua. Bertolak ansur itu merupakan sifat yang penting dalam kehidupan.

3. Elakkan konflik dengan mentua kerana akhirnya akan melibatkan suami. Teruklah apabila suami terpaksa memilih untuk berpihak sama ada ibu sendiri atau isteri. Hal ini berlaku kerana, di sebelah ibu dan sebelah lagi adalah isteri. Kedua-duanya sangat penting bagi suami seperti ‘ditelan mati emak, diluahkan mati bapak’.

4. Hiburkanlah hati mereka dengan memberi hadiah. Hadiah yang diberi tidak perlu terlalu mahal, walaupun hanya lauk pauk yang telah dimasak. Apabila berkunjung ke rumah mentua, bawalah buah tangan sebagai tanda kita mengingati mereka.

5. Jangan laporkan perkara yang tidak baik tentang suami kepada ibu mentua. Selalunya, tiada ibu yang tidak kenal akan anaknya sendiri. Kadang-kala, mentua sendiri akan datang pada kita dan memberitahu perangai anaknya sendiri. Jadi, hal-hal rumah tangga seelok-eloknya perlulah disembunyikan, melainkan sampai di satu tahap yang sangat teruk, bolehlah meminta nasihat daripada mentua.

6. Hantarkan gelombang positif. Sebagai menantu, kita perlulah bersangka baik dan sayang pada mentua. Hal ini berlaku kerana mereka juga seperti ibu bapa kita sendiri dan janganlah berburuk sangka pada mentua.

7. Berbaik-baiklah dengan semua ipar duai. Janganlah menikam belakang atau memburuk-burukkan ipar duai, dan jangan sekali-kali campur tangan masalah rumah tangga adik-beradik kita dengan menjadi batu api dan sebagainya.

8. Setiap hari, jangan lupa untuk mendoakan mentua dengan bersungguh-sungguh. Doakan kesejahteraan, kesihatan, kesenangannya, ringankan bebanannya dan lain-lain.Berilah khidmat seperti memasak, dan beri pertolongan kepada mentua dengan perkara-perkara yang kita mampu lakukan. Buatlah dengan seikhlas
hati.

9. Jadilah menantu yang soleh atau solehah. Beriman, boleh diharapkan, pandai menjaga rumah tangga, pandai mengambil hati, penuh kasih sayang, dan sebagainya. Ingatlah bahawa: “Reda Allah pada seseorang anak adalah bergantung kepada reda daripada ibu bapa anak tersebut”.

7 comments

December 15, 2011 at 11:22 AM

TQ for the good entry azie..utk pedoman saya juga :)

December 15, 2011 at 11:37 AM

bukan senang nak cari mertua yg satu kepala. bagi saya sendiri kalau saya dapat tahu yang bakal mertua saya tak sebulu dengan saya atau pun dia ada pilihan sendiri anak dia, lebih baik saya angkat kaki dulu. tak sanggup nak makan hati sepanjang hidup. bkn senang nak ubah orang suka kat kita. kan?

December 15, 2011 at 11:52 AM

dear yana : welcome dear..be prepared, dh xlama ag kan hihihihi

dear wanie wonek : betul..bukan senang nk hadapi kerenah org yg xsuka dgn kita nie..

December 15, 2011 at 12:19 PM

Good info utk org yg akan berkahwin. Ada pro & con nya bila sebumbung dgn mertua nih. Terpulang pada kita macam mana nak handle. Tapi duduk sendiri lebih privacy ☺☺

December 15, 2011 at 12:30 PM

boleh saya jadi panduan bila dah berkahwin nanti...:)

December 15, 2011 at 3:32 PM

dear fiza : duk sendiri ag syiokkk kan heheheh

dear lieynanilaz : ahakss..take note plz :)

Anonymous
July 15, 2014 at 6:07 PM

As Salam... Good Info...

Tetapi... Adalah lebih baik tinggal berasingan drpd mertua, walau baiknya mertua... Saya tidak sarankan tinggal bersama mertua...

Saya hampir 2thn tinggal sebumbung dan saya seorang suri rumah... Ya, mmg mertua saya baik... Tetapi, lama kelamaan hidup saya dikongkong... Sehinggakn nak urus anak sendiri, diperhatikn oleh mertua...

Saya buat terbaik dan ingin melihat suami mertua dan saya bahagia bersama bersebumbung... Ternyata apa yg saya buat semua dipertikaikan... Itu ini serba serbi salah... Maklumlah saya seorang suri rumah... Dan mertua pula ada master... Apalah sgt nk dibandingkn dgn saya yg mempunyai ijazah shj... Pendapat saya semua xditerima... Seolah2 saya ni bodoh xtahu apa2...

Stress dan tertekan sehingga saya murung... Menantu yg seorang disayang2kn... Menantu yg berjasa ni lah yg diburuk2kn... Adilkah itu?

Akhirnya saya dan suami berpindah di kwsn yg sama dgn mertua... Saya tidak halang suami utk jumpa ibunya sbb saya tahu tanggungjwb anak lelaki terhadap ibunya...

Saya kesal kerana nasi dah jd bubur... Hubungan saya dan mertua kini hambar...
Saya bukan nak momok2kan cerita ini kpd bakal pengantin...
Tetapi itulah realiti yg di alami sendiri...

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (78) Sharing (68) Kami (67) Makan-makan (64) Main masak-masak (60) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (56) Produk (48) Anak (46) Macam-macam (45) Barangan Baby (43) Ofis (42) WW (41) Blog (38) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) SayaJual (23) Cinta dan Kahwin (22) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Promosi (18) Info (17) Nuffnang (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Resepi (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Bicara Hati (11) Buffered Earning (11) CPUV (11) Kawan-kawan (11) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) BE (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Selebriti (6) Wedding (6) Kuih muih (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Adik Qisya (4) Anak saudara (4) Pregnant (4) Rompers (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) BabaMamaQisya (3) Baju Raya (3) Berpantang (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Sale (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3pcs (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) Homemade (1) Hospital Seberang Jaya (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Polo (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) repost (1) samsung (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©