Thursday, February 9, 2012

6 produk kosmetik bahaya utk wanita!!!

KENYATAAN AKHBAR

PENGGUNA  DINASIHATKAN  MENGELAK  DARI  MENGGUNA  PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk-produk kosmetik berikut:




Bil

Nama Produk

Nombor Notifikasi

Racun Berjadual yang dikesan


Nama Pemegang Notifikasi

Nama Pengilang

1.

TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA


NOT03090150K

Tretinoin

ZENITH VENTURES SDN. BHD.

RE-X PRODUCTS CO. LTD. THAILAND

2.

RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM


NOT080700826K

Tretinoin

SKY RESOURCES SDN. BHD.


SKY RESOURCES SDN. BHD.


3.

ATIKA BEAUTY  RENEWAL NIGHT CREAM

NOT04082451KE

Hydroquinone

PEARL ELEGANCE HYGIENE BEAUTY PRODUCTS SDN. BHD.


CHEMI LAB COSMETIC INDUSTRIES

4.

CHANTIQUE – WHITENING NIGHT CREAM


NOT04121404KE

Tretinoin

SKY RESOURCES SDN. BHD.

SKY RESOURCES SDN. BHD.

5.

NV TONER TREATMENT NO 1


NOT05010130KE

Hydroquinone & Tretinoin

MAXBEAUTY INDUSTRIES SDN. BHD.

MAXBEAUTY INDUSTRIES SDN. BHD. 

6.

NV TONER TREATMENT NO 2


NOT05010130KE

Hydroquinone & Tretinoin

MAXBEAUTY INDUSTRIES SDN. BHD. 

MAXBEAUTY INDUSTRIES SDN. BHD.



Notifikasi produk-produk tersebut telah dibatalkan berikutan pengesanan Racun Berjadual sama ada mengandungi tretinoin dan/atau hydoroquinone di dalam produk tersebut.

Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana ianya boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan  hipersensitif kepada cahaya matahari.

Manakala hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (dipigmentasi). Proses dipigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. Dipigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.



Eisah binti A. Rahman
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia

2 comments

February 9, 2012 at 12:30 PM

seb bek ghuna safi rania ja.l..ehehehehe

February 9, 2012 at 3:44 PM

tingin gak nak pakai safi rania, tp xserasi, abis nek bijik2 halus

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©