Thursday, February 9, 2012

Jangkitan Kuman

Smlm hubby g men futsal, tgl sorg2 kat umahkan. Masa tue dh rasa lain mcm, sakit perut, sakit pinggang, sakit part ari2 tue..nape nie? Xpernah lak mcm nie kan. Dlm pukul 9 lbh tue dh makin kerap lak sakit, kejap sakit kejap ilang..trus msj hubby tnya kul bpe nak balik. No reply. Dlm pukul 10 lbh tue sakit yg lagi kuat, msj hubby, no reply jgk..trus col, pun xde jwpn. Tgh main futsal la kot.

Terpaksala wat treatment sendiri, amek minyak gamat, dan sapu dkt perut dan part ari2 tue..minum air suam, smbil air mata bergenang sob..sob..sob..trus tingat dkt mak. Dlm kul 11 tue hubby col, spontan air mata lagi laju mengalir..apalagi nangis sakitla kan, trus hubby otw balik, dan kitorg g ke Poliklinik Ikhsan.

Yes, jumpa doc tue, xingatlak doc tue nama apa. Doc lelaki. Dr Sufian kot ( dgr org pgl nama dia masa tue )Tp kalo g klinik nie, memg suka dgn cara/penerangan yg doc nie berikan. Sgt concern dgn apa yg cuba kita sampaikan. Setelah wat urine test seme, doc ckp ada jangkitan kuman dlm urine td, kalo dibiarkan berterusan, doc ckp boleh sbbkan darah kotor jgk dlm urine dan finally boleh merebak jadi batu karang.

Punyala khusyuk dgr doc tue explain, after cek seme doc ckp kemungkinan I nie kurang minum air masak. Agreed huhuhuhu..kat ofis nie kan suhu mcm dkt genting kot, sejuk sgt, kalo nk minum air masak tue memg jarangla kan, sbb malas nak ke toilet kerap2. Doc bg 3 jenis ubat, air yg kena minum tue (xsedap, payau smcm je), ubat antibiotik dan ubat pecah batu (utk batu karang) utk prevent. Pasnie kena minum air masak byk2.

Pagi nie masuk ofis I gugel sal jangkitan kuman nie, terjumpa satu WEBSITE , so I copy paste share dkt sini.
_____________________________________________________


Pengenalan

Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
  1. Kekurangan air dalam badan
  2. Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
  3. Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
  4. Pesakit kencing manis (diabetes)
  5. Mengandung
  6. Pengambilan sesetengah ubatan
  7. Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
  8. Batu karang dalam saluran kencing
  9. Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan  kencing yang keruh, mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk  merujuk penyakit seperti itu.



Saluran kencing bermakna saluran air kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.


Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?

80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai).  20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke  bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.

Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.

Apakah tanda-tanda kencing kotor atau UTI.
Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda  tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini,
  1. Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman,
  2. Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing,
  3. Air kencing nampak kotor,
  4. Kadang-kadang air kencing berdarah,
  5. Kadang-kadang air kencing berbau busuk,
  6. Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.

Pencegahan
  • Minum air dengan secukupnya
  • Elak menahan kencing
  • Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
  • Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.

3 comments

February 9, 2012 at 3:10 PM

gud info..meanmbah pengtahuan pasal nih....I dulu masa preggy kean jugak..sakit cam u lah..siap turun darah ag skit je...lepas dah check.. ->result kencing kotor...dr sini dock cakap kurang minum air n suka tahan kencing....memang tu I la tuh...hahahahaha

February 9, 2012 at 3:44 PM

itu yg i pelik tue, masa preggy dulu xde pun kes mcm nie huhuhu

misz nurul
July 1, 2013 at 2:59 AM

Kalau untuk org yg x preggy mcam mane pula??apa yg menyebabkan ia mudah dijangkiti kuman??

Post a Comment
Celoteh (77) Keluarga (67) Sharing (66) Makan-makan (60) Kami (59) Hamil (58) Main masak-masak (58) Qisya Nur Zahra' (48) Macam-macam (45) Anak (41) WW (40) Produk (38) Ofis (37) Al-kisahnya (35) Rumahtangga (35) Barangan Baby (32) Blog (31) Gambar (27) Renungan (26) Blogger (24) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Cinta dan Kahwin (22) Online (22) Ramadhan (21) 2nd trimester (20) Kesihatan (19) 3rd trimester (18) Akhbar (16) Info (16) Check-up (15) Segmen (15) Resepi (14) Tauladan (14) Wanita (14) Emosi (13) GA (13) Jom ronda (13) SayaJual (13) Bicara Hati (11) Cuti-Cuti (11) Nuffnang (11) Klip Video (10) Review (10) Dari Hati (9) Kawan-kawan (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Promosi (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Aidifitri (7) CPUV (7) Pendapat (7) Aidiladha (6) Buffered Earning (6) Hadiah (6) Selebriti (6) Wedding (6) Wishes (6) Shaklee (5) Anak saudara (4) Kuih muih (4) Spontaneous Thursday (4) BE (3) Berpantang (3) Bloglist (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Rompers (3) Stock Susu (3) TM Berhad (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) Adam Hawa (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Artis (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) EBM (2) Futsal (2) Hobi (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Sale (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) sebarkan cintamu (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 2014 (1) 3pcs (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Adidas (1) Akad Nikah (1) Avent (1) Baju Raya (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Harimau Malaya (1) Homemade (1) Hospital Seberang Jaya (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Jumper (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Polo (1) Pre-walker. produk (1) Pregnant (1) Pumping Milk (1) Pureen (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) repost (1) samsung (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©