Friday, March 23, 2012

Apa?? Aku sudah mati!!?

Pengalaman benar seorang penulis Sinar Harian yg boleh dikongsi bersama, dan di ambil pengajaran.

___________________________________________________________________________

Ia suatu pengalaman yang sangat menginsafkan.

Saya memandu melalui satu selekoh. Sepanjang tepi jalan itu, ada besi pengadang. Namun betul-betul di hadapan saya, pengadang itu seakan terputus. Ada ruang yang ternganga seolah-olah sedang menunggu untuk menelan kereta saya.

Kebimbangan itu akhirnya menjadi kenyataan. Brek kereta saya tiba-tiba hilang fungsi. Stereng pula tidak dapat dipaut untuk mengikut arah jalan. Maka halanya adalah ke arah ruang yang ternganga di antara besi pengadang yang terputus itu.

Lalu kereta Honda hitam yang saya pandu ke pejabat setiap hari itu menjunam jatuh ke dalam gaung di tepi jalan. Nasibnya, remuk redam.

Nasib saya pula, masih boleh bangun dan keluar dari kereta tanpa sebarang kecederaan.

Saya berdiri tidak jauh dari kereta Honda itu. Hancur luluh hati melihat keadaannya yang sudah tidak berupa kereta lagi. Teringat saya akan keadaannya yang sering uzur kebelakangan ini, namun saya tetap tidak sampai hati untuk menggantikannya dengan yang lain. Asal sakit, saya hantar ke ‘klinik’, namun nampaknya jodoh kami hanya setakat itu sahaja. Melihat keadaannya, saya tidak yakin ia mampu dirawat lagi.

Dalam keasyikan saya memikir nasib kereta itu, orang yang entah dari mana datangnya, mula datang mengerumuni Honda saya. Dalam masa beberapa minit sahaja, saya dapati sudah lebih 10 orang berada di sekeliling kereta itu.

Namun terbetik rasa haneh dalam hati, mengapa mereka semua seakan tidak melihat saya sedangkan saya berdiri sangat hampir dengan mereka. Mereka langsung tidak mempedulikan saya seolah-olah saya tiada di tempat itu. Ataupun mungkin kerana saya kelihatannya persis tidak cedera apa-apa, mereka tidak tahu bahawa sayalah pemandu kereta yang kemalangan. Mungkin juga!

Namun lama kelamaan, datang pula rasa curiga dalam hati. Mengapa wajah mereka semuanya cemas-cemas belaka, sedangkan yang remuk hanya kereta. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi siren. Ketika itulah saya mengambil ruang untuk pergi lebih dekat ke arah kereta saya, untuk melihat apa yang mencemaskan wajah setiap orang yang berada di tempat itu.

Anehnya, ketika saya ‘menyelit’ di celah-celah kumpulan yang berkerumun itu, ianya adalah sangat mudah. Saya dapat lalu begitu sahaja, dan mereka pula masih seakan tidak terasa akan kehadiran saya. Tidak terasa langsung akan himpitan atau tolakan, dan akhirnya saya betul-betul merapat di tepi kereta.

Ya ALLAH! Ketika itulah baru saya tahu puncanya. Saya dapat melihat diri saya, ya diri saya sendiri dalam kereta itu. Seluruh anggota tubuh saya, baju saya habis berlumuran darah. Keadaannya seperti patah riuk. Keras dan kaku.

Habis, yang berdiri dan melihat semua ini siapa? Jika di dalam kereta itu saya, yang ini siapa pula. Jika yang ini saya, di dalam kereta itu pula siapa? Bertalu-talu pertanyaan itu menikam kepala.

Namun rasa insaf tiba-tiba menjengah dalam diri. Seakan ada suara membisik di telinga, “kamu sudah mati Muhamad! Kamu sudah mati. Dunia kamu sudah berakhir ... yang di dalam kereta itu jasad kamu. Dan yang ini adalah diri kamu yang sebenarnya. Diri kamu yang sedang dalam perjalanan untuk menghadap ALLAH.”

Ketika itulah, hadir rasa menyesal dalam hati. Teringat yang saya belum lagi solat Asar. Sewaktu keluar meninggalkan pejabat tadi, saya sengaja menangguh untuk bersolat di rumah, saya mahu lekas-lekas sampai di rumah. Tidak sabar-sabar mahu jumpa anak isteri. Tetapi sekarang sudah terlambat. Saya sudah mati, ya... sudah mati. Saya tidak boleh solat lagi melainkan hanya menunggu seksaan daripada ALLAH kerana tidak bersolat!

Kemudiannya, muncul pula wajah-wajah yang saya kasihi, anak-anak, isteri, emak, ayah dan semua wajah yang pernah dekat dengan hati saya. Sudahkah tertunai tanggungjawab saya kepada mereka? Bagaimana nasib anak-anak yang saya tinggalkan? Terbelakah hidup mereka nanti sedangkan saya tidak tinggalkan harta atau wang bekalan yang melimpah ruah.

Bagaimana pula dengan hutang piutang bertimbun, yang semasa saya ghairah menggunungkannya dulu, saya tidak pernah terfikir tentang mati pun. Ya ALLAH, berdosanya saya kepada isteri kerana meninggalkan beban yang begini berat kepadanya. Tapi apakah yang terdaya lagi untuk saya lakukan sekarang?

Ketika itu, saya menangis semahu-mahunya. Air mata penyesalan tidak lagi dapat diempang. Namun apa yang pasti, segalanya sudah terlambat.

Dan ketika itulah juga, terdengar sayup-sayup suara tarhim. Ya, suara itulah yang saya dengar setiap pagi. Perlahan-lahan saya cuba angkat kelopak mata. Rupa-rupanya apa yang saya alami tadi hanya mimpi. ALHAMDULILLAH, terima kasih Tuhan kerana masih memberi peluang. Walaupun mimpi, ia sangat menginsafkan.

Kepada semua, saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, minta halal atas segala-galanya kerana ajal maut, kita tak tahu bila hadirnya. Ya, benar itu hanya mimpi tetapi bila-bila sahaja ia boleh jadi kenyataan. Saya masih memandu kereta Honda hitam itu, dan mungkin juga Tuhan beri gambaran awal apa yang akan berlaku esok ataupun lusa!

Catatan: Mimpi ini dialami penulis, Subuh 13 Februari 2012
MUHAMAD MAT YAKIM
17 Februari 2012



p/s : ‘Ya Allah ! Engkau tunjukilah kami jalan2 yg Engkau Redhai ..Jalan2 menuju SyurgaMu..Jalan2 yg senantiasa mendapat RahmatMu....mudah2an kesudahan kami kesudahan yg Husnul khatimah’’ .. Aminn..

12 comments

March 23, 2012 at 9:48 AM

Astagfirullahalazimm...

March 23, 2012 at 9:50 AM

Speechless..
takut dan menginsafkan..

March 23, 2012 at 10:03 AM

Insaf bila membacanya. Smoga kita dpt meningkatkan amal ibadat kita sebelum ajal dtg.

March 23, 2012 at 10:07 AM

Menginsafkan...thanks dear sajikan cerita nih...sekurangnya dapat meningatkan kita yg sentiasa alpa....samalah kita sentiasa beringat kepadaNYA...masti itu pasti...

March 23, 2012 at 10:46 AM

salam.
marilah kita sama2 bertawakal kepada-Nya...siang dan malam.

March 23, 2012 at 10:49 AM

sungguh menginsafkan...

March 23, 2012 at 11:50 AM

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa

March 23, 2012 at 11:51 AM

Moga dpt menginsafkan kita menjadi yg lbh baik

March 23, 2012 at 11:51 AM

menggigil masa mula2 baca cite nie..terus seram sejuk satu badan kak

March 23, 2012 at 11:52 AM

Semoga kita xterus alpa, dan saling ingat-mengingati..

March 23, 2012 at 11:52 AM

wa'salam..
hidup dan matiku, hanya untukMU Ya Allah..

March 23, 2012 at 11:53 AM

moga kita sentiasa bermuhasabah diri..

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©