Thursday, July 19, 2012

Suami Isteri: "Belajar Bercakap"

Isteri A berkongsi, sebagai seorang student yang berjumpa suami jarang-jarang...

"Dah lah jarang berjumpa, bila jumpa, suami tak tanya pun khabar saya.." luah isteri ini yang baru sebulan dua bernikah.
"Suami tahu tak...?" tanya saya.
"Takkan itu pun nak bagitahu...?" jawabnya.

Isteri B pula berkongsi, banyak perkara-perkara 'kecil' yang dia suka suaminya lakukan.. Antaranya,
"Bila keluar pergi kerja, saya suka kalau suami cium dahi saya.."
"Suami tahu tak..?" tanya saya.
"Malulah nak bagitahu..."jawabnya.

Nak berkongsi dgn seme, tertarik btl dgn artikel nie Belajar Bercakap antara suami isteri. Mcm contoh di atas, situasi isteri A dan isteri B. Moga kita sama2 dpt belajar mengenainya. Artikel nie  dr ILUVISLAM , cuma ada beberapa point yg I rasa mcm tertarik nak share disini, kalo2 kita sama2 boleh berkongsi pandangan.



Jangan abaikan perkara kecil

"Perkara kecil" seperti  tanya khabar 'Sayang apa khabar?' dan 'sepotong ciuman' ini adalah antara perkara yang perlu dikomunikasikan, jika tidak hal yang kelihatannya kecil ini perlahan-lahan memudarkan cinta di hati pasangan. Isteri rasa tidak disayangi, padahal banyak lagi kebaikan dan bentuk kasih sayang suami padanya.
@ sgt setuju dgn point yg pertama nie, selalunya kita akan anggap perkara2 kecil nie suatu yg xperlu dikisahkan sgt, sbb apa? kdg2 kita rasa byk lg perkara yg lbh besar tuk kita lakukan, tp tanpa kita sedar dr perkara kecil nie la, jika kita amek berat, jika kita amalkan, kan membenihkan rasa cinta, rasa rindu sedikit demi sedikit hingga rasa itu melimpah dgn byknya. Sbg contoh, kalo kita tgh meeting, ataupun tgh sibuk..tiba2 dpt msj dr hubby I miss u as universe syg..apa yg kita rasa.. I, tentulah seharian senyum smpai telinga wpun msj simple dan direct mcm tue tanpa ada kiasan @ berbunga2. Benda ni nmpk simplekan, tp nmpk x mcm mana ia boleh pengaruhi emosi kita sehari tue..apatah ag hubungan kita suami isteri. So, apalagi, text la pasangan masing2 skrg hihihihi..


Bangunkan keserasian

Lelaki dan perempuan 'bahasanya' berbeza walaupun maksudnya sama. Bukalah buku-buku tentang cara berkomunikasi lelaki dan perempuan.Pada lelaki, bukalah 'women's dictionary'. Pada perempuan, belajarlah ayat-ayat yang berhikmah lagi berkesan untuk memuji atau menegur kesalahan suami.

Contoh lain dialog suami isteri:
"Takde apa..ok je.." jawab si isteri walau mukanya menunjukkan 'ada apa-apa'.
"Oklah, kalau tak ada apa-apa, abang pergi dulu, kawan-kawan abang dah tunggu..." maka suami pun 'selamba' meninggalkan isteri yang mungkin ada masalah yang ingin diluahkan kepada suami. Isteri menahan sendu dan airmata, suami keluar dengan rasa tenang hati kerana merasakan 'semuanya ok, tak ada apa-apa'.
@ rasanya isteri ramai yg suka mcm nie kan, termasuk I sendiri. Masa tue mungkin sdg ada masalah, tp bila suami tnya ckp Ok je, xde pe2 la...tp sbnrnya ada suatu di hati tue..xnak bgtau kenapa..dgn harapan suami akan fhm sendiri, betul x? Silapla mcm tue, I pun memg silap pasal nie..makan hati sendiri TP skrg dh belajar menunjukkan dan menzahirkan apa yg tidak selesa@tidak puas hati@ sbrg masalah pd suami. Bukan lg jawapan Ok je @ xde pe2 la..bukan lg jwpn ini. Tujuannya hanya mahukan penyelesaian pd masalah, xnak biar berlarutan bermasam muka sesama sendiri


Akui kesilapan sendiri, maafkan pasangan SELALU

Nada bercakap, perkataan dan ayat-ayat yang terungkap dari bibir-bibir kita telah banyak mengguris hati pasangan bukan? Mungkin dengan perkataan-perkataan kita, hati pasangan telah terluka parah atau mungkin kelukaan kecil.Maka usah bertangguh dan merasa berat memohon maaf, kenali dan akui kesalahan-kesalahan kita pada pasangan..

"Perkahwinan yang bahagia itu, lahir dari suami isteri yang suka memaafkan."

@ikhlaskan diri utk memaafkan pasangan, wpun ada marah padanya, ada rasa xpuas hati padanya, bukan mudah kdg2 utk kita memaafkan, apatah ag hati sakit bgai dihiris..tp belajarla utk menerima apa yg berlaku dgn ikhlas dan redha, kerana tiap yg berlaku itu adalah dgn izin Allah s.w.t. Mohonlah maaf kerana Allah dan maafkanlah kerana Allah jg


Ini cuma sebahagian yg I nak kongsi dan bertukar pandangan dgn korg, ada byk lagi yg menarik DI SINI, apa yg penting I rasa dlm sebuah rumahtangga adalah komunikasi kerana komunikasi yg baik membawa  suami isteri melalui kehidupan yang damai dan harmoni walau byk mana pun masalah menimpa.

11 comments

July 19, 2012 at 4:33 PM

Jangan malu nak luahkan perasaan pada pasangan. Komunikasi sangat penting.

Thanks for sharing.

July 19, 2012 at 6:47 PM

bagi kak ita komunikasi tu penting sangat...kak ita hari-hari bersama hubby keja dekat pergi sekali,makan lunch sekali..setiap jumpa hubby akan cium dahi.. bila naik keta atau motor ,hubby mesti akan pegang tangan kak ita..sambil cium..atau pegang tangan letak kat pehanya...seronok sangat rasa di sayangi,bila tak puas hati terus terang,walaupun cerita bilik tidor...puas ke tak..kak ita akan cakap...buat apa pendam kan..lagi pun hubby kan teman kita..so cite aje...suka ke duka ke..syer sama-sama...

July 19, 2012 at 8:14 PM

tu pentingnya komunikasi antara suami dan isteri..selalunya hal2 yg remeh tu la boleh jd hal besar :)

July 20, 2012 at 8:17 AM

komunikasi tu pntg antara suami isteri,kalu ada yg tak puas hati @ ada yg kita mahu,kita bole ckp,tp ckp dgn baiklah..kan,kdg2 kita harapkan pasangan tu utk tahu sendiri apa yg kita nak..ssh la juga kan

July 20, 2012 at 9:07 AM

betul2..setujuuuuu... tapi org kita ni, sebelum kahwin, kemain romantik bagai..bile dah kawen, masuk tahun ke 5 dah kurang dah..heheh..org putih tu sampai ke tua romantik..hehehe..
thanks for sharing:))

July 20, 2012 at 9:40 AM

@fizabetul kak, sy sgt setuju!!

July 20, 2012 at 9:41 AM

@anitadianawow romantiknya kak ita dan hubby wpun anak dah besar..sy suka mcm nie, moga sy dan hubby pun mcm tue jgk..

July 20, 2012 at 9:42 AM

@Wanieyskalo msg2 wat endah x endah pd hal2 yg kecik, mcm2 boleh jadinya

July 20, 2012 at 9:43 AM

@maya amirbtl tue kak maya, mentaliti org kita nie..bila dh tua2 pegang tangan, mula la ada yg duk jeling, ada yg mencebek, padahal perkara tue xsalah pun..

July 20, 2012 at 9:47 PM

komunikasi plg pntg dlm setiap perhubungan sbb dr situ lah kita dpt luahkn apa yg kita rs dan apa yg kita nk dr pasangan kita..walopn x besar, tp tetap bermakna tp yg pntg, masing2 jgn sentap lah sbb komunikasi secara jujur lebih bermakna dr yg nk cover2 sbb nk jaga hati ^_^

July 21, 2012 at 12:50 PM

sy jenis yg ckp je dkt suami.. ahhaha

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©