Tuesday, August 28, 2012

Khasiat Pati Delima..untuk yg hamil dan ingin hamil

Ada org gugel tentang khasiat pati delima dkt blog. Tahu x, apa itu ttc?


Ok, meh sini I sharing sikit..TTC tue bermaksud Try To Conceive, kalo kita translate maknanya usaha utk mengandung semula. TTC nie selalunya lebih kepada pasangan yg dah berkahwin lebih dr setahun dan masih belum dikurniakan zuriat sendiri.

Sblm nie kami jgk cuba ber TTC nie, tp x sehebat pasangan lain yg rajin dan gigih mencuba itu ini. Syabas utk korg semua. Semoga korg seme terus tabah dan yakin dlm memiliki zuriat sendiri. Pati Delima nie, I pernah cerita dlm entry usaha yang dilakukan untuk hamil semula , bukan setakat cerita..malah I sendiri amalkan.  I amalkan pati delima Gulsan 100% pure delima from Turkey.


nie rupanya

Pati Delima nie bukan sj bagus utk yg merancang hamil, malah sesuai utk seme lapisan. Malah buah delima sendiri pernah diceritakan dlm al-quran merupakan buah syurga. Dari SUMBER yg I dapat, meh I kongsikan khasiat pati delima nie:


MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.


MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.


MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness' menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung) kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.

Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.

Malah buah delima sendiri ada khasiatnya. Smlm masa balik umah mak, mak ada bg mkn buah delima nie, tp mak xbg kongsi dgn sape2 pun..katanya buah delima nie ada satu butir yg mengandungi penawar, sbb tue sebiji besar kena mkn smpai abis..jgn buang sebutir pun @ kalo jatuh pun kena kutip semula, takut yg jatuh dan dibuang tue, adalah butir penawarnya. Abah bgtau, masa mak mengandungkan I dulu, mak ngidam nak makan buah nie..susah nak cari masa tue..last2 abah dpt sebiji dgn harga RM10 sebiji!! Mahal tue, harga berpuluh tahun yg lalu.   

Antara Khasiat Buah Delima ialah:

Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
Melawan penyakit gout
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat ‘sinus’
Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
Meningkatkan tenaga
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredaran darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor
Antioksida yang tinggi
Menstabilkan paras kolesterol
Mencegah penyakit jantung
Mencegah penyakit barah
Merangsang tenaga batin

p/s: tp yakinla, tiap2 usaha yg kita lakukan...berhasil dgn izin Allah swt..sori, xsempat nak ziarah kwn2 ag..baru balik check up dr kk.

15 comments

August 28, 2012 at 2:32 PM

terima kasih sebab kongsikan .. memang banyak khasiat rupenya.. thanks sgt kongsikan info ni .. tgh dok cari jugak ni..

August 28, 2012 at 3:02 PM

fuhhh..amek..punye la byk khasiatnya :) insya Allah..ad usaha,ad ganjarannya Allah bagi :)
ok ke kak azie g check kat kk?

August 28, 2012 at 3:44 PM

Buah delima memang bagus dan banyak khasiat. Masa pregnant suka mkn buah delima. Kat mana nak beli ni sis? Nak suggest kat member yang TTC gak.

August 28, 2012 at 3:47 PM

nak kena cari gak ni.. saya ada asthma.. thanks ye

August 28, 2012 at 4:03 PM

thanx sudi kongsi info ni...

August 29, 2012 at 9:17 AM

bgus info ini... boleh sy share dgn kwan sy yg nk hamil tu :)

August 29, 2012 at 9:38 AM

masa preggy dulu dpt makan delima..sekali mak carikan..satu lagi kawan hubby bwk balik dr india..alhamdulillah berkat delima mmg byk..mana nak dpt TTC ni ye azie..as supplement pun ok kan

October 30, 2012 at 11:24 AM

bw kt sini,best entry ni.rmai geng ttc bt review psl pati delima ni tp kt sini susah nk cri..sy follow :)

May 25, 2013 at 7:12 PM

Berapakah sukatan yang perky diambil, Dan bagaimanakah cara penggunaan?

May 25, 2013 at 7:16 PM

Bagaimanakah cara penggunaan?

eyja
June 6, 2013 at 3:03 PM

Kalo yg early pregnant boleh ke....?4-5 week baru

June 6, 2013 at 3:14 PM

@eyja
salam eyja..
boleh..xde msalah..
xmenganggu kandungan..

Anonymous
June 19, 2013 at 11:51 PM

Asslm.saya bru mncuba jus delima ni. Saya ada mslh haid bpnjgn n sejak smnggu ni kuar drh ketul2 yg byk. Risau jugk ni
.tp saya msih minum jus delima
.

April 7, 2014 at 12:33 PM

banyak kebaikannye ye..sy baru start makan..tp makan camtu je la..kalau campur air lagi masam..

May 23, 2014 at 11:21 AM

br beli semalam...tu yg cr khasiatnye....byk rupanye khasiatnye..klo pregnant cmne sukatan mkn ek

Post a Comment
Celoteh (77) Keluarga (72) Sharing (66) Kami (61) Makan-makan (61) Hamil (58) Main masak-masak (58) Qisya Nur Zahra' (51) Macam-macam (45) Anak (43) WW (40) Ofis (38) Produk (38) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blog (33) Barangan Baby (32) Gambar (27) Renungan (26) Blogger (24) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) 2nd trimester (22) Cinta dan Kahwin (22) Online (22) Ramadhan (21) Kesihatan (19) 3rd trimester (18) Akhbar (16) Info (16) Check-up (15) Segmen (15) Resepi (14) Tauladan (14) Wanita (14) Emosi (13) GA (13) Jom ronda (13) Nuffnang (13) SayaJual (13) Bicara Hati (11) Cuti-Cuti (11) Kawan-kawan (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) CPUV (9) Dari Hati (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Promosi (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Buffered Earning (7) Pendapat (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Selebriti (6) Wedding (6) BE (5) Shaklee (5) Anak saudara (4) Kuih muih (4) Spontaneous Thursday (4) Berpantang (3) Bloglist (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Pregnant (3) Rompers (3) Stock Susu (3) TM Berhad (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) Adam Hawa (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Artis (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) EBM (2) Futsal (2) Hobi (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Sale (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) sebarkan cintamu (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 2014 (1) 3pcs (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Adidas (1) Adik Qisya (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BabaMamaQisya (1) Baju Raya (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Homemade (1) Hospital Seberang Jaya (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Jumper (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Polo (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) repost (1) samsung (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©