Monday, August 13, 2012

Usaha yang dilakukan untuk hamil semula

InsyaAllah, kat sini akan dikongsikan usaha yg kami suami isteri lakukan dlm percubaan untuk hamil sekali lagi. Semoga ianya dpt dijadikan panduan utk para TTC yg masih mencuba. Jujur ckp, hampir setahun kami tidak melakukan apa2 usaha, samada dr segi perubatan moden atau tradisional. Sbb kami yakin yg Allah Maha Berkuasa dalam menentukan segalanya, justeru kami berserah sepenuhnya kpd Allah swt.
June 2012 genap setahun lepas keguguran yg pertama.  Masa nielah baru terasa spt Ya, kami juga perlu berusaha spt pasangan lain yg ingin miliki zuriat.  Memang benar Allah yg berhak menetukan segalanya, tp kami juga perlu berusaha untuk milikinya.
22 June hari pertama period, selepas abis waktu uzur..kami berikthiar utk cuba vitamin. Semenya I pelajari dlm forum Ratu Hati. Forum nie memg sgt bagus, dan membantu kami dlm kehamilan semula.  Ini antara supplement yg sy dan hubby ambil:


1.       Pati Delima Gulsan

Mula tahu pasal pati delima nie dlm forum Ratu Hati, ramai yg suggest katanya Pati Delima nie sgt bagus untuk dicuba kalo ingin hamil. Byk khasiat pati delima nie. Dan pati delima nie 100% jus delima, dan di import dr Turki. I beli dgn harga RM23. Ada yg dpt harga yg lebih murah. So, I mkn  1 sudu besar pati nie, dicampur dgn suku gelas air masak. Tiap pagi dan mlm sblm tdo. Kalo yg boleh tahan, makan mcm tue sj xperlu campur air.. rasanya agak masam tp sedap!!

2.       Evenening Primrose Oil ( EPO )

Dikatakan EPO nie bagus diambil bagi yg ingin hamil. Dr blog Dr Zubaidi beliau ada bercerita tentang EPO nie, rujuk DI SINI . So EPO nie I amek dr hari pertama period hingga ke tarikh ovulosi. Maknanya bila smpai waktu subur, STOP amek vit nie. Kenapa? Sbb EPO nie agak panas, dikhuatiri kalo amalkan trus hingga ke waktu subur, susah nak melekat. Lg satu, dikhuatiri jika diteruskan pengambilannya, dan hamil, kemungkinan kandungan akan gugur. Ramai forumer di Ratu Hati nasihatkan supaya STOP tika waktu ovulosi. I ikut apa yg disarankan. EPO yg I amek dr brand CCM Pharmaceuticals Naturalle.


3.       Asid folik

Asid folic I dah amek lama, sejak dr keguguran lagi I dah amalkan sebiji sehari. Ramai yg salah fhm, bila katanya asid folic nie membantu kehamilan..tp sbnrnya asid folic nie penting diambil bg yg merancang hamil, perlu diambil 3 bulan sebelum hamil bagi menggelakkan berlaku kerosakan saraf pd janin yg dikandung nti. So, I amek nie sebiji je sehari waktu pagi, tp kalo terlupa, makan pd waktu mlm.

4.       Vitamin E 400 IU

Vit nie untuk hubby. Vit nie bagus untuk beri kesuburan dan kepekatan air mani suami. Ia juga melindungi sperma dr rosak dan dpt meningkatkan daya seksual suami isteri, Sblm beli nie, I pegi check dulu dkt farmasi, dan memg ahli farmasi tue sarankan vit nie. So hubby makan nie sebiji sehari, selepas makan malam. Vit nie pun ok jgk kalo isteri nak amek. Sbb tue vit E dikatakan sbg vitamin cinta, sbb ia mampu eratkan kasih syg suami isteri.

Selain tue, memg kami sentiasa berdoa semoga dikurniakan zuriat. I rasa seme juga lakukan perkara yg sama. I amalkan surah Ali –Imran dibawah nie. Dan juga doa Nabi Zakaria. Setiap kali disujud terakhir setiap solat, doa nie akan dibaca didalam hati.





Pastue I amalkan jugak zikir dibawah nie, I ambil dr buku Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato’ Ismail Kamus. Setiap kali pergi terawikh di masjid, ada masa terluang akan amalkan zikir nie. Ataupun setiap masa yg terluang, atau selesai solat.


Dan berdoa jg boleh dilakukan bila2 masa, tetapi ada waktu2 yg tertentu yg lbh mustajab sebagaimana yg disarankan oleh Rasullah saw, antara yg I amalkan:
1.       Tiap2 selepas solat fardu
2.       Antara azan dan iqamah
3.       Ketika hendak masuk dan keluar masjid
4.       Ketika khatam al-quran 30 juzuk. Alhamdulillah 2 kali berada di majlis nie..di majlis khatam al-quran nie, tiap apa yg kita doakan dgn penuh kesungguhan dan yakin pd Allah ,60000 malaikat akan turut mengaminkannya.
5.       Ketika sujud terakhir dlm solat.

Lagi satu tips dr sorg Doctor, katanya bersama dgn suami pd 6 hari selepas period, lepas tue selang sehari. Sy amalkan pd hari ke 6, 8, 10, seterusnya selama 2 minggu. Dan terima kasih jugak untuk Kak Suhaiya, rakan kelas tajwid yg turut berdoa untuk kehamilan ini ketika menunaikan Umrah yg lepas.
Apa2 pun seme yg kami suami isteri usahakan nie, berhasil adalah dgn izin Allah swt. Harap apa yg I kongsikan nie dpt memberi panduan pd TTC yg sedang berusaha. Jgn berputus asa, kerana tiap apa yg Allah rancangkan itu adalah yg terbaik untuk umatnya. Berlapanglah dada untuk menerimanya. InsyaAllah..kerana Allah swt Maha Menyayangi dan Maha Mengasihani.




17 comments

August 13, 2012 at 11:58 AM

alamakkk sy dh terlepas story ke ni... ok... sy scrooll ke bwh lagi... :-)

August 13, 2012 at 12:02 PM

insyaAllah...dipermudahkn segalanye..amin

August 13, 2012 at 12:28 PM

Alhamdulillah setelah berusaha dengan izin-NYA :)

August 13, 2012 at 12:43 PM

betul usaha tu kena ada barulah nampak hasilnyer selain doa & tawakkal

August 13, 2012 at 2:53 PM

Alhamdulillah... setelah berusaha dan hasil nya mmg ^_^ dengan izinNYA

August 13, 2012 at 3:14 PM

usaha dan tawakal..jgn berhenti berusaha..wlupun sy sudah punya anak sorang..thanx utk perkongsian ini..penambahan ilmu untuk hamil akan datang :)

August 13, 2012 at 4:36 PM

kene rajin berusaha kak..dan terus bermohon pd ilahi...tq sharing is caring

August 13, 2012 at 4:41 PM

opss..bace mmg sebijik2 dh ni ayut.huhuhu.ap pon kak.jg kandungan baik2 yer :)

August 13, 2012 at 4:49 PM

insyaAllah...dipermudahkn segalanye..amin...sekurang-kurangnya kita dah berusaha kan...teruskan ok...

August 14, 2012 at 8:33 AM

mmg kene usaha dan berdoa.. saya dulu pun lewat jugak dapat.. dah kawen 9 bulan baru mengandung.. tak makan ubat ape2 cume buat semahyang hajat dan berdoa aje macam doa kat atas tu.. Alhamdulillah diperkenankan.. tengah tgu nak bersalin je ni.. ehhe.. boleh la saya share tips ni kat kawan2 saya yang belum peknen lagi.. mudah2an mereka pun dapat zuriat jugak..

August 14, 2012 at 3:35 PM

terima kasih kongsikan info ni .. (^___^)v

February 22, 2013 at 3:36 PM

in shaa ALLAH..
tenkiu azi berkongsi ;D

May 20, 2013 at 1:00 PM

salam, mohon share gambar zikir asmaulhusna ni..boleh?

June 15, 2013 at 11:23 PM

terima kasih Azie.. bru terjumpa entry ni :-)
doakan untuk Ros ye...

March 5, 2014 at 3:23 PM

Assalamualaikum kak, salam perkenalan. bagusnya. thanks kongsi tips berguna ni kak. semoga sahabat2 yang sedang TTC cuba tips ini ~~~

March 5, 2014 at 3:26 PM

insyallah..moga dapat di amalkan nanti...thanks sharing dear

May 6, 2014 at 11:17 AM

boleh juga amalkan serbuk debunga kurma dan buah zuriat.

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©