Monday, November 4, 2013

Renungi wasiat Hassan al-Banna untuk mula tahun baru





  • Segeralah tunaikan solat pada awal waktu iaitu kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq.

    Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran di mulakan dengan menyebut solat pada awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat di medan perang walaupun pada saat genting dan cemas.





  • Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangkan mengisi masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat.

    Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir! Di sini ada ketenteraman, kedamaian dan keselamatan. Jadilah hamba yang sejahtera.





  • Dorong diri untuk menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Ayuh! Apa tunggu lagi bukalah ruang walaupun seminit!





  • Usahlah bertarung idea tanpa adabnya. Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan, syaitan namanya!





  • Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum. Baginda ketawa kena pada tempatnya. Bagaimanapun berpada-pada saja wahai kawan, Plato juga berharap supaya pementasan hiburan yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa dan lawak bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing.

    Begitu juga pendapat Aristotle, supaya belia ditegah daripada menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, agar tidak menular keburukan dalam diri!






  • Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.





  • Kawal nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakiti hati orang lain pula. Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya.

    Itulah katanya suara keldai! Surah al-Isra’ memberi tip kepada kita. Jangan keraskan suaramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.





  • Usahlah mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah lain! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.

    Sukakah anda makan daging? Pasti anda suka! Tapi sukakah anda makan daging kawan anda yang sudah mati? Sekali-kali tidak! Begitulah dosa orang yang mengumpat.

    Bertaubatlah jika anda mengumpat tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi, untuk menghapuskan kemungkaran atau kerana memberi amaran kepada Muslim lain mengenai kejahatan dan mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.





  • Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekali pun mereka tidak diminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat.

    Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa, lapisan dan darjat datang berkunjung. Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.





  • Maksimumkan faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda. Bersegeralah, kerana dalam sabda Nabi yang bermaksud: “Bertindak segeralah melakukan amal...” (Diulang 7 kali..). Sayangilah masa saudaramu, hormatilah waktu mereka, usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya.
  • 16 comments

    November 15, 2012 at 3:36 PM

    Subhanallah..

    Thanks share

    Blog Qashmere
    Style Me Gorgeous By Qashmere For Plus Size Fashion

    Take Care!!

    November 15, 2012 at 5:45 PM

    kurangkan ketawa, banyakkan senyum. Insyallah. :)

    November 16, 2012 at 9:34 AM

    terima kasih berkngsi kak.

    November 16, 2012 at 1:23 PM

    moga bermanafaat utk semua !

    November 16, 2012 at 4:20 PM

    masa bila dipenuhi utk sesuatu yg berguna pasti dpt manfaat ye...insha Allah..terima kasih kak :)

    November 16, 2012 at 8:01 PM

    semoga kita semua mendapat syafaatnya ..aminn ;)

    November 19, 2012 at 12:14 AM

    a'aa mg kita semua dpt buat camni..

    November 19, 2012 at 12:18 PM

    Info yg sangat bagus.

    November 19, 2012 at 12:25 PM


    salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    November 19, 2012 at 12:25 PM


    salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    November 19, 2012 at 1:53 PM

    thanks atas perkongsian ini

    November 20, 2012 at 2:12 PM

    semoga kita semua dpt buat mcm ni..bagus sgt info no

    November 3, 2013 at 12:11 PM

    InsyaAllah...jom kita amalkn sama2 moga kita berubah ke arah yg lbh baik....thn baru...azam baru...

    November 11, 2013 at 12:19 PM

    perkongsian yg sgt2 baik ..inshaaAllah sama2 kita ye :))

    November 14, 2013 at 10:22 AM

    amanat yg sgt wise..kalau nak solat on time..mmg kena practice n mentally bersedia..bg lelakielok solat katmasjid br dpt jemaah on time..

    November 14, 2013 at 11:22 PM

    tq kongsi kak...

    Post a Comment
    Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©