Friday, July 5, 2013

[ samb akhir ] Qisya kritikal jaundice

Balik dr rumah...memg agak kelam kabut. Paling kesian sekali dkt mak. Mak terpaksa jg smpai 3 org sakit. Abah yang terlibat dgn kemalangan , Pakjang yg sakit tua ( arwah ) dan aku n qisya. Bygkanla mcm mana hebatnya mak yg perlu jg smpai 3 org. Sungguh aku xsgup nk tgk kepenatan yg mak lalui. Hubby byk suh aku kuatkan semangat. Wpun sakit jahitan belum baik..hari ke-12 aku dh masuk dapur masak sendiri makanan aku..mak melarang..tp mana mungkin aku sgup tgk mak yg terkejar sini sana.

Balik umah mcm2 yg aku ikhtiarkan utk turunkan kuning Qisya...aku ingat pesan ramai mummy yg lain supaya kerap bf qisya supaya qisya kerap berak dan kencing. Dgn cara nie kuning qisya akan cpt turun.Memg aku kerap bf Qisya..2jam sekali aku akan pastikan bf dia..wpun dia tdo aku akan gerak utk susukan dia. Memg betul..qisya memg kerap berak dan kencing. Tp yg aku pelik wpun qisya kerap berak dan kencing..tp kuningnya lmbt sgt turun. 5 hari berturut2 kami bwk qisya pergi klinik kesihatan utk cek kuning dia. Naik turun kuning dia. Smpaikan sorg pembantu makmal tue ckp pd kami...minta sulamkan susu tepung pd Qisya. Aku mula terkejut..sbb susu badan aku byk..xperlu nak sulam qisya dgn susu tepung. Aku jelaskan bgtu jg pd hubby. Hubby terpaksa akur dgn keputusan aku xnak sulam dgn susu fm.

Dah 2minggu, tp kuning qisya masih blm ke paras normal. Doc ckp ini dipanggil prolonge jaundice. Jaundice yg berpanjangan melebihi 2minggu.  Patutnya di usia 2minggu kelahiran, kuning qisya patut turun 150 ke bawah. Tp qisya masih 220. Kami memg risau. Doc wat referel letter utk pegi check up ke Pakar 1 Hospital Seberang Jaya. Di sana doc akan check lbh detail utk tgk samada ada kuning tu effect pd otak qisya. Darah akan diambil sekali lagi beserta air kencing. Alhamdulillah...resultnya normal. Tak effect smpai ke otak.


nmpk x naik turunnya kuning qisya.


8 April tue dh 2 minggu...disahkan prolonge jaundice



naik balik kuning qisya. start dr 224 nie la stop bf dan sulam qisya dgn fm



Di rumah aku dh cuba mcm2 cara selain dari bf antaranya :

  • bg minum air zam-zam
  • bg minum air serbuk mutiara
  • bg minum susu kambing fresh
  • bg mandi dgn air daun bunga melur
  • bg mandi dgn air daun belimbing buluh
  • bg minum air sengkuang cina
  • bg ubat kuning
  • bg mandi dgn daun kuchai
Semenya aku cuba...tp satu pun xberjaya. Mcm daun kuchai tu..bila mandikan qisya lg kuningnya naik mendadak. Memg buntu btl nak pk mcm mana lg nak buat. 30hari sudah qisya masih blm hilang kuning lg. Last2 aku pergi jumpa doc pakar di private.. Doc ckp...kalo btl2 aku nk turunkan kuning qisya..aku terpaksa stop bf qisya selama 2 hari berturut2. Arghhh sudah..terkejut aku. Kenapa pulak kaitannya kuning dgn susu ibu. Doc ckp..kdg2 pemakanan ibu mempengaruhi susu badan..dan ada stgh baby hatinya lmbt utk proses bg hilang kuning tue. Aku pasrah..kecewa sikit. Tp sbb aku dh cuba mcm2 cara xberjaya..aku akur utk mencuba cara nie. Wpun aku terpaksa stop bf qisya. 

Dlm tempoh 2hari tue aku bg susu FRISOLAC COMFORT pd qisya..doc yg suggest sbb ia mudah dihadam. Kesian qisya..merengek mungkin jgk mencari nenen. Mujur qisya xcerewet bila aku bg susu botol pd dia. Slps dua hari tue..aku n hubby bwk pergi cek di klinik kesihatan..alhamdulillah drpd 224 turun ke 195. 4hari lepas tue kena check semula selagi xturun ke 130 kot. Slps dua hari tue, aku sulam susu badan dan susu fm. Memg rasa agak down bila terpaksa bg susu fm pd anak sdgkan susu badan byk masa tue. Tp aku xsgup tgk qisya kena cucuk lg dh. Kami suami isteri sdg cuba utk lakukan yg terbaik pd qisya. Selepas 4 hari tue aku bwk qisya pergi check...dan alhamdulillah..akhirnya di hari ke-36 kuning qisya turun dr 195 ke 115 dan xperlu lg check di kk. Lega sgt...aku syukur sgt. Masa tue nurse pun tnya aku apa yg aku mkn smpai turun mendadak mcm nie dari 195 ke 115. Aku ckp aku sulam dgn fm..nurse akur..dia ckp slps nie stop fm dan exclusive bf only. Ya aku akan buat tue seme. Aku bg fm pun semata2 nk hilangkan kuning qisya. 



Aku lega..memg lega sgt sbb aku dh boleh fully bf qisya semula. Bila aku tnya kwn2 yg ada pengalaman mcm aku..diorg kata memg diorg jgk lakukan yg sama. Sulam susu fm pd anak..malah ada yg bila lahir terus bg susu fm sbb xnak ada kes prolonge jaundice mcm yg aku alami. Kesian korg tau..bila dgr anak nangis kena cucuk utk amek darah. Di tangan atau di tapak kaki. 

Itulah pengalaman yg plg hebat setakat nie...cukup membuatkan kami suami isteri amat menghargai kehadiran si kecil kami. Kalo ada sapa nak tnya atau sharing tentang prolonge jaundice nie..amatlah dialukan. Kat bwh nie ada lebih detail pd sape yg blm baca sal jaundice qisya yg berpanjangan nie. 


p/s: terima kasih pd yg sudi tunggu dan baca smpai ke akhir cite nie.

10 comments

July 5, 2013 at 11:42 AM

alhamdulillah

kadang2 Allah nak tunjukkan mcm2 hikmah di sebalik satu kisah.

ni buktikan ibu2 jgn terlalu fanatik dgn susu badan. kadang2 ada sebabnya kenapa fm dicipta.

sy pon fully bfeed dua2 anak. tp saya x pernah rasa bg fm tu satu yg very bad.

thanks for sharing azie.

July 5, 2013 at 12:10 PM

alhamdulillah semuanya dah baik...

July 5, 2013 at 12:24 PM

Xpe lpas nih leh bf sepenuhnya..kesian qisya

July 5, 2013 at 12:25 PM

owhh kira bgs jugak info ni maknanya bg susu formulalah yer.. x kisah jenama apa jer ker.. janji untuk newborn

July 5, 2013 at 1:33 PM

alhamdulillah..qisya dah sembuh..
ada kwn saya cerita, baby dia pon jaundice teruk,doktor kata susu badan dia x serasi dgn ank terpaksa bg FM..walhal susu badan dia mmg byk..stok berkoyan2..tp bila jaundice dah baik..boleh bg susu badan semula..

July 5, 2013 at 1:46 PM

IN baru jer follow blog Azie..memang tak sanggup nak tgk kalau baby kena cucuk sana sini kn.tapi utk kebaikan juga. lupa lak, IN dulu msa anak 1st kena jaundis, IN guna daun Aloe Vera. mujarab gak la..

July 5, 2013 at 2:20 PM

assalam.... slalu nya paling cepat turunkan kuning pakai air asam jawa.. pekatkan sedikit... sapu kat semua badan dr kepala sampai kepala.. selawat 3 kali.. tunggu sampai 10-15 minit dah boleh mandi kan bayi...

July 5, 2013 at 7:49 PM

cian Qisya kena amik drah je kan..ad jgk efek baby kan klu pemakanan ibu tak jaga..dah kena pkai susu fm...aduhai...mmg blh jd panduan nnt ni..

July 6, 2013 at 12:36 PM

Alhamdulillah akhirnya semuanya selamat..mmg akak paham betul feeling camtuh bila anak sakit nie..mmg serba tak kena risaunya...

Anonymous
July 12, 2013 at 1:03 AM

ada yg disebabkan bf jaundice.tak semua bf boleh turunkan kuning ya.ada yg kuning dsebabkan bf.:)
-nuha-

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©