Thursday, July 4, 2013

[ samb ] Qisya kritikal jaundice

Pagi tue dalam pukul 8, nurse dtg amek Qisya dan aku utk dibawa naik ambulans utk pergi ke Hosp Seberang Jaya ( HSJ ). Sepanjang dlm ambulans tue memg air mata xhenti mengalir..bila pandang wajah mulus qisya. Hubby telefon bgtau..dia dan mak dr rumah terus g ke HSJ.

Lbh kurg 30min mcm tue smpai di wad kecemasan...lega nmpk muka hubby dh tgu dpn wad kecemasan tue dgn mak. Bila hubby tnya nak naik wad mana..nurse trus ckp pergi ke wad Unit Rawatan Rapi Neonatal ( NICU )..memg berdebar btl. Masa hubby tolak dgn wheel chair utk naik ke wad tue..dlm hati duk pk sal qisya je..teruk sgt kah kuning dia.

Smpai je dkt depan NICU tue..nurse ckp yg boleh masuk bilik nie cuma ibu bapa bayi shj..so mak terpaksala duk di luar sekejap. Kena sarung baju putih drluar..entah baju apa xpasti pulak. Masa masuk dlm tue...baru tgk betapa hebatnya anak2 kecil dlm nie...ada yg bertarung nyawa utk hidup..mcm2 kes..sayu hati ku tgk.

Ada sorg doc dtg amek kes nie...dia pun explain satu persatu. Katanya kuning qisya memg kritikal sbb masih dibwh umur seminggu. 367 tue memg tinggi..doc ckp kalo cecah 380 qisya perlu salin darah. Doc ckp qisya akan diletakkan dibawah lampu phototherapy..yg mana lagi kuat dr lampu biasa. Smbil doc terang tue...dr dlm bilik dgr suara qisya menangis..ya memg qisya..diorg drip darah dr tgnnya. Masa nie memg hati meronta2 sgt...air mata jgn ckplah..



lbh kurg mcm nie jaundice cot yg qisya duduk. dkt situ xboleh amek gmbr..so goole je picnya. Cot yg qisya duduk cuma xde glass box tue..open..atas guna phototherapy lamp dan bwh guna lampu biasa. Yg sedihnya..qisya cuma dipakaikan cawat yg hanya menutupi bhgian depan shj. Tanpa alas blanket atau apa...qisya cuma diletakkan atas balang semata2 tanpa ada alas..sedih sgt tgk masa nie. cuma cawat hijau sekecil tpk tgnnya yg menutup bhgian dpn. Kesiannya qisya...dgn haba panas lampu lg. Doc ckp terpaksa wat mcm tue..sbb nak turunkan kuning Qisya dgn cepat. Takut effect hingga ke otak kalo lambt amek tindakan. Sekali sekala aku perhatikan Qisya seakan tidak selesa..merengek..mungkin sejuk atau mungkin jgk kesan panas lampu tue.

Di blik tue cuma qisya shj yg dipakaikan jaundice cot nie..memg 24jam qisya diberi perhatian oleh nurse dan doc. Air mata ku jgn ckplah mcm mana..smpai bengkak mata menangis. Cuma hubby shj kekuatan di masa tue. Kesian sgt tgk qisya...masa tue dh pk.. Ya Allah...aku dah pernah kehilangan arwah Muhammad putera sulungku...jgnlah di uji aku dgn sesuatu yg aku tak mampu tanggung lagi. 

Kerana fully bf qisya...aku disediakan bilik khas bg ibu2 yg anak berada di NICU..bilik utk menyusu. Ramai dlm tue...mcm dorm lbh kurg. Bila sorg2 aku tnya..ada yg ckp anak diorg demam panas, ada yg kena jangkitan kuman..mcm2 kisahnya. Setiap kali Qisya jaga dari tdo..nurse akan dtg pgl di bilik tue utk pegi susukan Qisya..baru sehari qisya di wad tue..kulitnya abis mengelupas...naik biji2 seakan ruam. Kesiannya aku tgk...tahu x..setiap kali aku susukan qisya..tiap kali jugakla air mataku berjurai. Utk lepasi tempoh seminggu kelahiran qisya..adalah suatu yg sgt hebat dan mencabar bg ibu yg pernah kehilangan anak sblm nie mcm aku. Sepanjang qisya di wad tue...darah qisya akan diambil tiap 4 jam sekali utk tgk tahap kuningnya. Aku terus pk...amek darah lg..kesiannya anak aku. Kalo dia tahu ckp...mesti dia menangis meronta2 sakit.

Malamnya tue..nurse dtg bilik pgl aku utk susukan qisya...bila masuk je nmpk qisya menangis tersedu2..mungkin dh lama dia nangis..atau mungkin jgk sbb sakit kena amek darah. Terus aku peluk qisya dgn erat..dakap dan pujuk dulu dia..kemudian baru susukan dia. Masa susukan dia pun, memg dgr sedu sedan nafas dia kesan menangis td.

Besok pgnya..hubby dtg..doc nak jumpa kami berdua. Result darah dh tahu.. Alhamdulillah...kuning Qisya dah turun ke 196 melepasi tahap kritikal..dan perlu dipindahkan ke wad biasa utk pemantauan. Syukur sgt Ya Allah..tp doc jgk bgtau..ada kemungkinan utk kuning nie naik semula. Yang penting Qisya dh ada dgn aku skrg..

Qisya disiapkan utk dibawa ke wad biasa. Dlm wad nie cuma ibu bapa dan datuk nenek shj yg boleh masuk melawat. Tp aku lega..sbb qisya boleh duduk sekali dgn aku tepi katil. Masih lg diletakkan dlm jaundice cot. Sbb kuning Qisya dh turun..dlm cot tue dialaskan tilam utk qisya..dan cuma digunakan lampu atas yg biasa shj. Malam tue sekali lagi darah kena amek..utk result besok pg. Hari yg ke-6 kelahiran Qisya..doc ckp kalo ok..qisya dh boleh discaj.

Besok pg..aku tnya pd nurse mcm mana result darah Qisya...memg btl ckp doc di wad NICU..sekali naik lagi kuning Qisya dari 196 ke 208. Frust..memg kecewa sgt..aku dh xsgup nak biar qisya bwh lampu tue..hampir 4 hari dh..abis kulit badan dia mengelupas. Doc dtg ckp..dh boleh discaj..tp tetap kena g check up hari-hari di klinik berdekatan utk pemantauan tahap kuning Qisya..

Wpun dlm hati masih risau..tp ada sikit lega..sbb qisya dh boleh discaj..aku akan try cara kampung pulak utk berubat qisya.


kisah sblm nie [Apabila Qisya disahkan kritikal jaundice ]



p/s : nantikan sambungan akhir..sbb memg panjang kisah nie..

13 comments

July 4, 2013 at 10:42 AM

yui yg rasa berdebar..psti tak keruan saat itu kan kak.

July 4, 2013 at 10:56 AM

bergenang air mata baca kisah qisya..teringat masa Aiman dulu wpun tak teruk macm qisya,mmg tak sangup tgok dia nangis kena amik darah.

rupanya qisya ada abang..abang qisya dh tenang disyurga..:)

July 4, 2013 at 11:04 AM

teringat masa aisya kena jaundice dulu.. masu seminggu jugak duduk dalam wad.. memang x sanggup tapi demi kesihatan aisya kuatkan ati...

July 4, 2013 at 11:16 AM

semoga Qisya cepat sembuh...sedih baca cerita awak ni..sabar ye..

July 4, 2013 at 11:18 AM

pengalaman kita lebih kurang. umar raihan kena msuk ward 2 kali dok bawah lampu tu. kali pertama betul betul lepas balik rumah. so badan tak daya lagi nk jenguk dia kt nicu tu. pam kt rumah, suami bawak ke spital je.
tapi kali kedua, dah ada kudrat dah. pagi pagi pergi hospital, duduk lah kt bilik menysuu tu. sembang dengan mak mak lain. tiap 2 jam, susukan umar. bila menyusu tu jgn cakaplah hai...menangis tengok anak yg makin gelap, mcm lapar sgt je dia...
tu belum lagi bab tengok anak menangis kt cot tu..meruntun hati betul.
paling best bila dia boleh dishcharge. sernoknnyaaa laaahai...macam nk sambut menantu.
umar lama gak jaundice. dekat 2 bulan. amik darah je lah kejenyeee....

July 4, 2013 at 11:23 AM

Huhu... saya faham perasaan tu. Cuma saya rasa apa yang awak alami lagi hebat daripada saya.

July 4, 2013 at 12:56 PM

Umayrah pon kn jaundice tapi paling tinggi pon 251..macam2 la kami ikhtiarkan cara tradisional..last skali umayrah seminggu baru la ok jaundice dia..memang sedihkan bila anak kena cam tu

July 4, 2013 at 1:53 PM

sabar terima dugan Allah....sekarang dah debab dan comel...

July 4, 2013 at 2:42 PM

hi azie, sabar ye.
insyaAllah doc n nurses are doing their best.

al fatihah utk arwah anak sulung awak.

n salam kenal. :)

July 5, 2013 at 11:03 AM

dugaan Allah swt bagi nak uji keimanan hamba nya.. Alhamdulillah, Qisya sembuh

July 5, 2013 at 12:14 PM

Jaundice di kalangan baby nih memg kne pantau kalo x...akan efek otak..memg kesian tgk baby dlm cot tuh...pns tau...

July 5, 2013 at 12:18 PM

alahai ciannya qisya, sebab baca ... sy plg risau anak kene kuning masa baby.. anak adk sy pun kene.. belikan ubat kat sen sey cina serbuk mutiara.. bg minum 2 kali alhamdulillah ok...

July 5, 2013 at 7:45 PM

mmg truk klu juandice ni kan...alhamdulillah Qisya dpt bertahan...mcmne la qisya dh discaj yerk...

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©