Monday, July 15, 2013

Seminggu sudah abah 'pergi' meninggalkan kami

As salam...
Pertama, terima kasih utk kwn2 yg mengucapkan takziah dan memberi kata2 semangat di atas pemergian arwah abah yang meninggal dunia pd 9 July ritu. Ari nie dh genap seminggu..

Bercakap psl kehilangan arwah abah..aku bukanlah seorang yg ckup kuat utk menahan air mata nie dr berjurai. Ya aku memg lemah sgt. Sebut shj perkataan abah..mcm2 bermain di fikiran aku. Yang plg byk dh tentu kenangan bersama arwah abah. Dan ari nie aku masuk semula kerja slps seminggu bercuti.

Tahun nie bg aku..adalah tahun yg sgt mencabar dan penuh dgn dugaan..wpun detik gembira tika melahirkan Qisya Nur Zahra'  pd 25 Mac..namun aku menerima 3 kematian kaum keluarga pd tahun nie. Yang pertama..aku kehilangan arwah Ibu Mertua [ kisah di sini ] pd 10 Mac , kemudian kehilangan arwah bapa saudara yg rapat pd 13 May dan disusuli dgn pemergian arwah abah pd 9 July.

Bagi aku..ini bukanlah suatu yg mudah utk aku terima..tp wpun berat mcm mana, aku perlu redha dgn qada dan qadar Allah swt. Kami sekeluarga memg tidak sangka yg arwah abah akan pergi secepat itu. Pd aku..seme nie terlalu cepat..memg aku tidak menyangka sama sekali. Dkt sini pernah aku ceritakan perihal arwah abah excident. [ kisah di sini ]. Wpun arwah abah masih xboleh berjalan..tp abah nmpk kuat dan sihat.

Sehinggalah 2 minggu sebelum tue..arwah abah demam, xlalu makan..aku tahu abah risau tntg kakinya yg blm sembuh dan belum masih boleh berjalan. Abah selalu ckp pd aku..entah bila boleh berjalan semula, rugi abah xdpt pergi masjid solat jemaah dkt sana. Arwah abah dulu seorang bilal. Kami cuma ingatkan abah demam biasa...abah cuma nak pergi klinik amek ubat.

Ari ahad 7 July..bila aku balik umah mak..aku tgk abah nmpk letih dan lemah. Abah bgtau dia xlalu makan..demam belum baik lg..padahal ubat dh makan pun. Tp abah masih boleh bersembang dgn kami. Cuma kejap2..dia duduk...kejap2 dia baring atas katil.

Ari Selasa 9 July pukul 8am..aku dpt panggilan dr abang..bgtahu abah ada di hospital. Keadaan abah nmpk mcm teruk. Aku terkejut. Slps tue mak pulak col bgtau suh pegi ke hosp..sbb doc dah suh seme anak2 berkumpul. Ya Allah..debaran hatiku masa nie memg kencang.

Aku smpai hosp lebih kurang 845am...terus aku dan suami minta izin doc nak masud wad kecemasan zon kritikal. Sblm tue doc bgtau..darah abah terlalu rendah menyebabkan oksigen xsmpai ke otak. Doc jelaskan jugak..denyutan jantung abah terlalu lemah dan berkemungkinan otw ke hosp td dgn ambulans jantung abah dah terhenti. Doc wat cpr kali pertama..berjaya..ada denyutan jantung abah. Tp terlalu lemah. Doc jgk ckp...otak abah mcm dah berhenti berfungi. Ya Allah masa nie kami hnya berserah pd Allah. Aku minta izin nak tgk abah dlm wad kecemasan tue. Sedih aku tgk abah...ya allah..

Doc ckp keadaan abah masa tue koma. Kami diminta tgu di luar sdg diorg seme sedaya upaya utk cuba yg terbaik. Kali kedua doc keluar bgtau..abah terkena mild heart attack masa dlm koma tue. Sama..mcm arwah MIL aku...yg terkena heart attack masa dlm koma. Doc akan cuba wat cpr kali kedua..tp chances terlalu rendah..15 min slps tue doc keluar bgtau..xde denyutan jantung abah..diorg akan cuba wat cpr ukt kali ke-3..kalo xde denyutan jgk bermakna abah memg dah tiada.

20 min slps tue...doc keluar bgtau...denyutan jantung abah dah berhenti..otak abah juga dah xberfungsi..Ya Allah...abah memg dah xde. Kami minta izin utk masuk dlm wad kecemasan tue. Hati aku btl2 meronta masa tue..seakan tak percaya semenya terlalu pantas.

Kami diminta tgu diluar sementara diorg uruskan jenazah abah. Setelah siap seme..jenazah abah dibawa menaiki van jenazah utk dibawa pulang kerumah..aku berada dlm van tue. Sayu sgt hati aku. Smpai dirumah aku lihat dh ramai org menunggu. Wajah mak..aku xleh nak gmbrkan..pilu hati aku bila tgk muka mak.

Masa nie ramai yg baca al quran dan yassin utk arwah abah. Masa nie aku lbh byk di sisi arwah abah membaca al quran. Byk kali jgk aku terhenti membaca al quran bila terbayangkan kenangan bersama arwah abah. Masa mandikan jenazah..kami diberi peluang tuk mandikan arwah abah..sayu sgt hati aku. Xleh aku nk gmbrkan masa nie. Masa kafankan arwah abah dan di baca doa..aku perhati kiri dan kanan..memg ramai kaum keluarga aku yg menangis. Jenazah abah disimpan slps asar. Aku turut jua pergi ke masjid...solat asar berjemaah di sana.

Seterusnya berada di kubur utk mendengar imam membaca talkin. Sebak...Ya Allah...Selesai talkin di baca dan seme pulang..tinggal kami adik beradik di atas kubur tue utk membaca Yassin kpd arwah abah. Alhamdulillah...semenya berjalan dgn lancar. Wajah arwah abah dr sebelum mandi, selepas mandi..nmpk putih bersih. Hatta ketika jenazah akan ditanam..ada 2org sedara aku minta izin pd penggali kubur utk melihat wajah abah buat kali terakhir kerana diorg baru smpai dr KL. Masa tue hubby aku ckp...wajah abah nmpk seolah senyum dan bercahaya.

Ya Allah seakan xpercaya...dah xde lagi lelaki yg begitu penting dlm hidup aku utk aku panggil ABAH. Kuatkan hati kami Ya Allah..terutamanya mak utk redha dgn pemergian abah. Mak ckp..meninggal di bulan Ramadhan..byk pahalanya..kerna tiada seksaan  selama sebulan. Hanya yg terpilih shj menerima ini semua. Al-fatihah utk arwah abah..semoga roh abah dicucuri rahmatNYA, ditempatkan dikalangan umat yg beriman..diringankan segala siksa kubur..diampuni segala dosa2nya samada dosa kecil atau besar, dosa yg disengajakan atau tidak.

AL- FATIHAH UNTUK ARWAH HAJI RAMLI BIN OSMAN, 
10 FEB 1944 - 9 JULY 2013



19 comments

July 15, 2013 at 9:38 AM

salam takziah

July 15, 2013 at 9:54 AM

salam takziah..

July 15, 2013 at 10:08 AM

sabar banyak ye..

July 15, 2013 at 10:33 AM

kita yang masih hidup kena teruskan berdoa untuk arwah,, semoga arwah tenang di sana. diberi kelebihan menemui Ilahi pada bulan Ramadhan

July 15, 2013 at 10:45 AM

Al fatihah tuk arwah abah azie..
semoga Allah mencucuri rahmat ketasnya dan ditempatkan bersama2 orng2 ygberiman..
be strong yer azie..moga Allah berikan kekuatan pd Mak dan ahli keluarga azie y glain..tak caRE..

July 15, 2013 at 11:04 AM

Al Fatihah..Sabar Azie..Insan Istimewa di sisi isteri dan anak-anak..Insya allah dia di tempat istimewa di sisi Allah

July 15, 2013 at 11:12 AM

byk2 bsbr & kuatkn smngat k..smuge rohnya dicucuri rahmat

July 15, 2013 at 11:24 AM

Amin...semoga ditempatkn dikalangan org y beriman...Takziah n sabar ye akak..

July 15, 2013 at 11:38 AM

sabar ye..sabar itu indah..

July 15, 2013 at 11:49 AM

maaf azie.. baru tau berita sedih ni.. alftihah buat arwah bapa azie.. moga rohnya aman, drahmati Allah dan tenang disana...azie jangan sedih2 ya.. teruskan menghntar doa dan ayat2 suci untuk beliau.. saya pun dah kehilangan aayah 15 tahun yg lalu...

July 15, 2013 at 1:51 PM

takziah..sabar lah..kak ita pernah melaluinya...semoga terus tabah...Al-Fatihah untuk arwah..semoga tenang di sana amin...

July 15, 2013 at 2:51 PM

tabahkan hati kuatkan semangat azie..Fahz tau kehilangan insan tersayang bukan pekara yang mudah untuk kita hadapi.banyakkan berselawat dan sedekahkan yassin dan al-fatihah buat arwah2 yang telah kembali.Moga roh mereka tenang disana, ditempat kita kekal abadi.

July 15, 2013 at 3:10 PM

AL-FATIHAH buat arwah, moga rohnya tenang disana, disaat² nak sambut ramdhan.. disaat² nak hari raya.. mmg dugaan kan...

July 15, 2013 at 4:12 PM

takziah..al-fatihah...

July 15, 2013 at 7:19 PM

Sayu..biler baca entry ni..teringat arwah ayah saya....moga roh nyer dicucuri rahmat...

July 16, 2013 at 12:17 PM

sedih akak membacanya azie..teringat arwah ayah akak yg juga pergi pada ramadhan pertama..yg lebih sedih ayah akak pergi selepas sebulan arwah mak pergi...

takziah utk azie sekeluarga ye..

moga roh arwah ayah azie ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh ye

July 16, 2013 at 12:47 PM

Sedih bila baca. Teringat kat arwah auah. Al-fatihah. Banyakkan bersabar.

July 17, 2013 at 3:05 PM

Al Fatihah dan salam Takziah. Semoga roh your dad ditempat dikalangan org beriman. Tabahkan hati

July 18, 2013 at 9:03 AM

alfatihah buat arwah abah sis...semoga roh bahagia di sana ,inshaaAllah....

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©