Monday, November 17, 2014

Ibu bekerjaya @ Ibu sebagai Surirumah - Jangan Mudah Menghukum

Saya berpendapat ianya amat tidak sensitif dan tidak beradab untuk kita share/komen berita kematian anak2 di taska; dan yang terbaru, kisah anak kecil 3 bulan meninggal dan dihinggap semut dengan kenyataan seolah2
"hanya dikaulah ibu yang paling bagus di dunia dalam membesarkan anak kerana dikau tidak bekerja dan tidak menghantar anak ke taska".
Saya faham perjuangan wanita yang menyeru agar wanita meninggalkan pekerjaan supaya dapat membesarkan anak sendiri di rumah, kerana benar, sentuhan ibulah sentuhan yang terbaik walaupun tidaklah semua ibu yang tidak menghantar anak ke taska itu adalah benar2 telah menjadi ibu yang baik dan tidaklah juga ibu2 yg menghantar anak ke taska itu adalah ibu yang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Tetapi bersyukurlah Puan.
Bersyukur kerana Puan tidak diuji dengan ujian yang mereka alami sehingga mereka terpaksa memilih utk bekerja walaupun tidak semua antara mereka benar2 terpaksa, bahkan tidak kurang juga yang sanggup bekerja utk harta dan kepuasan diri sendiri yang mahu bergaya dan cepat kaya.
Isu kerja vs tidak kerja dan taska vs jaga sendiri adalah isu yang melibatkan banyak masalah, risiko dan emosi mereka yang terlibat.
Concern saya, apa jua stance anda, jagalah bahasa dan belajarlah utk merasa. Merasa apa gerangannya ibu yang terpaksa bekerja gara2 gaji suami taraf SPM sahaja. Terpaksa bekerja gara2 suaminya kaya tetapi kedekut pahit membiar isteri dan anak2 kelaparan setiap masa. Terpaksa bekerja gara2 si suaminya cacat anggota kurang upaya. Terpaksa bekerja gara2 menanggung hutang si ibubapa yang kuat berpoya2.
Terpaksa bekerja kerana masalah lainnya YANG TIDAK PERNAH MENIMPA BATANG HIDUNG kita yang tinggi ini.
Percayalah, tidak semua yang bekerja itu melakukannya kerana mengumpul harta SEMATA, walau tak ternafi banyaknya memang bekerja utk kesenangan sendiri juga mahu baju bergaya, handbag berjenama dan sebagainya.
Cuma permasalahannya di sini, KITA tidak pernah tahu siapa antara ibu2 di luar sana yang bekerja kerana terpaksa dan siapa antara ibu2 di luar sana yang bekerja kerana wang ringgit SEMATA?
Jadi mengapa mesti pukul rata dan dakwa semua ibu yang bekerja adalah kerana wang sahaja? Kau nafikan ujian mereka. Pantas mulutmu menghukum.
Kalau ya pun kita begitu beria2 ingin wanita lain tidak bekerja seperti kita, lakukanlah dengan berhikmah. Bukan dengan riak dan memperlekeh insan lain.
Susun perkataan dan buatlah tawaran yang manis didengar. Bukan membungkus perkataan dalam nada2 ejekan, nada2 perasan bagus dan nada2 sombong tinggi diri.
"Bestnya saya jaga anak sendiri.. Tak adalah sampai jadi begini." (Menyatakan bahawa ibubapa hantar anak ke taskalah punca penyebab anak itu meninggal)
"Jom ikut jejak langkah saya. Jadi surirumah sepenuh masa. Jaga anak sendiri la buat apa bagi orang" (Memperlekeh ibubapa yang menghantar anak ke taska)
"Nasib baik I jaga anak sendiri. Tak kuasa hantar taska. Tak sanggup anak2 I dizalimi nanti." (Seakan semua taska di dunia ini adalah untuk menzalimi anak)
"Seriously kenapa nak hantar anak ke taska? Berhentilah kerja. Jagalah anak sendiri. Tak kemana harta dikejar.." (Menghukum bahawa ibu yang bekerja hanya mahukan harta melebihi rasa prihatinnya kepada anak)
Ya. Anda mungkin rasa anda sedang menyeru mereka ke arah kebaikan. Tapi, perhatikan susun ayat anda. Berapa banyak hati akan terluka dan merasa terguris dengan keangkuhan anda yang mendapat nikmat menjaga anak sendiri?
Saya bersyukur, kerana ALLAH tidak menguji saya menjadi wanita bekerja yang terpaksa menghantar anak ke taska. Sekiranya ALLAH memilih utk menguji saya, entahlah bagaimana mampu saya menghadapinya.
Kerana itu, saya berhati2 dalam menyusun kata. Bimbang ujian buat mereka pada hari ini (hantar anak ke taska) akan menjadi hukuman buat saya di kemudian hari akibat lancangnya mulut berbicara dan pantasnya hati menghukum tanpa kukenal apa kisah dan masalah hidup mereka.


copypaste : dari fb Ammar Haron Sharifah Zahidah

3 comments

November 17, 2014 at 11:29 AM

ermm...

November 17, 2014 at 12:26 PM

no comment :)

November 19, 2014 at 6:03 PM

kata2 tu ibarat pedang,jadi berhatilah menyusun kata..:)

Post a Comment
Celoteh (80) Keluarga (80) Sharing (71) Kami (69) Makan-makan (67) Main masak-masak (63) Hamil (58) Qisya Nur Zahra' (57) Produk (52) Anak (48) Barangan Baby (47) Macam-macam (45) Ofis (42) WW (41) Blog (39) Al-kisahnya (36) Rumahtangga (36) Blogger (29) Gambar (28) SayaJual (27) Renungan (26) 2nd trimester (23) Entry pendek (23) Mutiara Hati (23) Online (23) Cinta dan Kahwin (22) Promosi (21) Ramadhan (21) 3rd trimester (20) Kesihatan (19) Nuffnang (18) Info (17) Resepi (17) Akhbar (16) Jom ronda (16) Check-up (15) Segmen (15) Tauladan (14) Wanita (14) Cuti-Cuti (13) Emosi (13) GA (13) Buffered Earning (12) CPUV (12) Bicara Hati (11) Kawan-kawan (11) BE (10) Dari Hati (10) Klip Video (10) Review (10) Aidifitri (9) Kerja (9) Koleksi (9) Murah (9) Pendapat (9) 1st trimester (8) Baby Fair (8) Petua Dapur (8) Wishes (8) Adik Qisya (7) Frozen Set (7) Aidiladha (6) Hadiah (6) Kuih muih (6) Selebriti (6) Wedding (6) Pregnant (5) Rompers (5) Shaklee (5) TM Berhad (5) Anak saudara (4) BabaMamaQisya (4) Berpantang (4) Sale (4) Spontaneous Thursday (4) Stock Susu (4) Artis (3) Baju Raya (3) Bloglist (3) EBM (3) Hijau (3) Jaundice (3) Makanan baby (3) Tudung2u.com.my (3) Western meal (3) sebarkan cintamu (3) 2014 (2) 2nd pregnancy (2) 3pcs (2) Adam Hawa (2) Adidas (2) Al-Fatihah Allahyarham Hj Ramli Osman (2) Astro (2) Bonus (2) Breastpump (2) Futsal (2) Hobi (2) Homemade (2) Hospital Seberang Jaya (2) Jumper (2) Kenangan (2) MAS (2) Mothercare (2) Pavlova (2) Pray4MH370 (2) Pre-walker (2) Pumping Milk (2) Qhaira Nazeeha (2) Secret Recipe (2) Supplement (2) Tarawih (2) Teka (2) Vitamin (2) banjir (2) kuantan (2) 1 tahun (1) 2013 (1) 3rd anniversary (1) 9months (1) Akad Nikah (1) Avent (1) BentoQisya (1) Birthday Qisya (1) Briyani (1) Buahan (1) Cameron Highlands (1) Cek (1) Coach (1) De Baron Resort (1) Doll (1) Durian Crepe (1) Educational Toys (1) Enoki (1) Filem (1) FizoMawar (1) Game (1) Groupon (1) Guess The Emoji (1) Happy Birthday (1) Hari Ibu (1) Hari Merdeka (1) Hari Raya (1) Harimau Malaya (1) Holiday (1) I (1) Iftar (1) Iron Tablet (1) Kapitan (1) Kenny Rogers (1) Langkawi (1) MH370 (1) Maybelline (1) Medela (1) Memori (1) Mercun (1) Movie (1) Nasi Arab (1) Nike (1) PD (1) Pasar Malam (1) Pasport (1) Penang (1) Pengasuh Qisya (1) Piala Suzuki AFF 2012 (1) Pisang Goreng Cheese (1) Polo (1) Popia Vietnam (1) Pre-walker. produk (1) Pureen (1) Restoran Qasar Hadramawt (1) SCR6 (1) Sheklee (1) Solat Sunat (1) Streamyx (1) Tag (1) Tema (1) Underwater World Langkawi (1) Vantage (1) Wayang (1) Yellowpages (1) Zalora Malaysia (1) aircraft (1) internal audit (1) preloved (1) repost (1) samsung (1) stroller (1) wallets lelaki (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Indah itu...KAMU ©